Selasa, 19 Oktober 2010

Mencabar atau mahu memperlekeh Mahasiswa Mesir?


Semakin hari semakin banyak isu-isu yang mencabar kewibawaan mahasiswa di Mesir. Sebagai mahasiswa yang punya integriti perlu memahami setiap isu yang hadir dengan pemikiran yang terbuka sesuai dengan diri mahasiswa yang sentiasa menerima kepelbagaian ilmu untuk diolah dan akhirnya akan memilih yang berkualiti. Itulah nilai mahasiswa yang ada harga diri.

Kepada pihak JPMK, bagi saya sekarang ini pegawai yang bernama Khairi Jalaluddin sudah sangat melampau. Isu terbaru menipu mahasiswa di Mansurah sangat-sangat menyentak seluruh mahasiswa Mesir yang punya jatidiri.

Ini bukan kali pertama beliau menyogok dan mengertak mahasiswa Mesir supaya menyertai UMNO. dimana profesional dalam kerja yang diamanahkan? kerajaan bayar gaji untuk menentang mahasiswa atau untuk memudahkan mahasiswa disini?. Saya yakin mahasiswa disini sentiasa menghormati mana-mana pegawai JPMK mahupun pegawai-pegawai dirumah negeri masing-masing atas profesional didalam pergurusan kerja yang diamanahkan oleh kerajaan dan rakyat Malaysia. Mana-mana mahasiswa yang punya jati diri pasti terasa dengan pelbagai isu-isu yang menghambat untuk mahasiswa bangun menyatakan pendirian.

Jika ada mana-mana pihak yang kurang memahami erti mahasiswa, disini saya jelaskan mahasiswa bukan mudah untuk diperlekeh, diherdik, ditarik kesana- kesini macam lembu. Saya tidak tahulah, mungkin zaman pegawai-pegawai yang tidak profesonal ini, masa jadi mahasiswa memang mudah untuk disogok.
Jadi perkara demikian terbawa-bawa hingga jadi pegawai pun nak jugak bersikap sedemikian.

Seluruh mahasiswa Mesir sudah sangat tidak dapat mempercayai dan membantah segala tindakan pegawai-pegawai yang membeban dan menakut-nakutkan mahasiswa disini. Kami berharap pegawai yang bermasalah harap ditukar segera sebelum masalah jadi lebih kronik. Berilah ruang kepada kami untuk menjadi mahasiswa yang ada harga diri, yang mampu untuk membina diri dan yang akan memimpin negara dan menyelamatkan negara daripada kemurkaan ALLAH.

1 ulasan:

  1. Kekadang....agama dan politik sama2 diperbodohkan...pas dengan wayang agama dan umno dengan gila kuasa..sepanjang sy bersama org2 politik pas o umno...mereke tetap hampir same wpon x berserban. ....Duit tetap duit...mereke berebut2 nak duit..wpon amanah sebenar adalah kerana alllah. Sifat sahabat tidak ada lagi dlm diri pas o umno o pkr.... Kepada pembaca...org politik ramai yg merupa maknusia yg sebenarnyeee iblis...sekian.... Ini pengalaman sy bersama mereke. Yg duduk semaja kopi...diluar sana mereka berubah watak..kekadang sy akan tersenyum sendiriann.....dimanakah sifat sahabat. .....Sedihh....anda diluar sana ditipu. .Hidup2....

    Presiden NGO....

    BalasPadam