Jumaat, 22 Oktober 2010

Menentang Sikap melampau Ulama Muda

Saya merasa terpanggil untuk menjawab sikap Ulama Muda UMNO yang mempertahan tindakan jahil Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansur dan menyelar pihak-pihak yang cuba mempertahankan kesucian Islam. Diantara ucapan pertama kali beliau di perhimpunan agung Umno, Fathul Bari :

1. Pendekatan pembangkang mengecam tindakan Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.

Apakah yang difahami ulama muda tentang konsep agama yang sebenar?adakah melihat kemungkaran perlu dengan nasihat yang lembut?

Rasullulah SAW menyebut dengan sabdanya :

" " من راى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان

" متفق عليه

Maksudnya : barang siapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mencegah dengan tangan (kuasa), jika ia tidak mampu cegahlah dengan lidahnya ( percakapan), jika ia tidak mampu cegahlah dengan hati, yang demikian itu selemah-lemah iman.

Apa yang perlu kita fahami dalam hadis ini Nabi SAW memerintah kepada kita supaya sedaya mungkin untuk mencegah kemungkaran. memahami saranan Nabi SAW mestilah jelas dengan melaksanakan dengan peringkat yang paling tinggi iaitu kuasa yang kita ada. Salah faham yang sering belaku dalam pemahaman hadis ini hanya mengambil bahagian yang akhir sahaja iaitu memadai mencegah dengan hati.

Dengan pemahaman yang sempit inilah yang menyebabkan Islam mudah dipermainkan oleh musuh-musuh Islam.
Umat Islam yang sensetif perlu bangkit mempertahankan apabila agama dan Nabinya dihina dengan melakukan berbagai cara bagi menyedarkan seluruh umat Islam tentang peri pentingnya menjaga agama dari dirosakan oleh tangan-tangan kotor samaada dari pihak musuh mahupun mereka yang jahil tentang Islam.


2.
Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.


Ini bukan soal membesar-besarkan isu atau mahu menjadi hero atau apa-apa kepentingan duniawi semata-mata. kita melakukan tindakan mengikut panduan daripada Al-quran dan hadis-hadis Nabi SAW. Perkara yang belaku sangat jelas dengan bukti-bukti gambar dan video yang tertera Rosmah Mansur bersama suaminya didalam majlis maksiat tersebut.

Apakah belum cukup bukti yang dikemukakan? Apakah perlu menyiasat sampai menubuhkan seruhanjaya di Raja?.
Ini bukan soal penganjur atau penaung. Mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung didalam mana-mana majlis maksiat sudah dikira bersekongkol dan bergelumang dengan dosa. Adakah Fathul Bari tidak menyedari hal ini?atau menyembunyikan kebenaran atau hanya ingin memperolehi kepentingan dunia sehingga sanggup menolak hukum ALLAH?.


3. Fathul Bari berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesuatu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak.


Islam sangat-sangat menganjur kepada penganutnya supaya meneliti didalam menghukum atau membicara kesalahan seseorang. Sudah sangat jelas tentang hukum fitnah dan memfitnah. didalam kes Islamic fashion ini sudah jelas terbukti. Ini bukan rekaan, bukan super impose, bukan fitnah, bukan menggunakan teknologi fotografi dan sebagainya.

Adakah ini boleh anggap kesilapan yang tidak senaja?adakah Rosmah Mansur tidak menyedari atau secara tiba-tiba, atau dipaksa berada didalam majlis tersebut?semua ini mustahil belaku kepada Rosmah mansur.



4.Fahtul Bari berkata, pemerintah patut didoakan dengan kebaikan dan bukannya dengan maki hamum dan caci maki.


Pemerintah yang mana layak untuk didoakan yang dimaksudkan oleh fathu bari? adakah layak bersetuju atau mendoakan kepada pemerintah yang menghina hukum ALLAH?yang menzalimi rakyatnya dengan pelbagai Akta-akta untuk mengekalkan kuasa mereka?.

Rakyat yang sedar tentang kehinaan terhadap Islam ini bukannya mereka mencaci maki, bahkan mereka memohon supaya Rosmah mansur bertaubat dan memohon maaf terhadap umat Islam semua.

Saya menyeru kepada semua supaya menentang segala ucapan yang hanya mengikut logik akal semata-mata atau bersifat mengampu yang ditonjolkan oleh ulama muda ini. Janganlah cuba menggambarkan Islam mengikut selera anda yang hanya mahu kepentingan tertentu. Takutlah akan kemurkaan ALLAH. Bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan