Jumaat, 22 Oktober 2010

Menentang Sikap melampau Ulama Muda

Saya merasa terpanggil untuk menjawab sikap Ulama Muda UMNO yang mempertahan tindakan jahil Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansur dan menyelar pihak-pihak yang cuba mempertahankan kesucian Islam. Diantara ucapan pertama kali beliau di perhimpunan agung Umno, Fathul Bari :

1. Pendekatan pembangkang mengecam tindakan Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.

Apakah yang difahami ulama muda tentang konsep agama yang sebenar?adakah melihat kemungkaran perlu dengan nasihat yang lembut?

Rasullulah SAW menyebut dengan sabdanya :

" " من راى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان

" متفق عليه

Maksudnya : barang siapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mencegah dengan tangan (kuasa), jika ia tidak mampu cegahlah dengan lidahnya ( percakapan), jika ia tidak mampu cegahlah dengan hati, yang demikian itu selemah-lemah iman.

Apa yang perlu kita fahami dalam hadis ini Nabi SAW memerintah kepada kita supaya sedaya mungkin untuk mencegah kemungkaran. memahami saranan Nabi SAW mestilah jelas dengan melaksanakan dengan peringkat yang paling tinggi iaitu kuasa yang kita ada. Salah faham yang sering belaku dalam pemahaman hadis ini hanya mengambil bahagian yang akhir sahaja iaitu memadai mencegah dengan hati.

Dengan pemahaman yang sempit inilah yang menyebabkan Islam mudah dipermainkan oleh musuh-musuh Islam.
Umat Islam yang sensetif perlu bangkit mempertahankan apabila agama dan Nabinya dihina dengan melakukan berbagai cara bagi menyedarkan seluruh umat Islam tentang peri pentingnya menjaga agama dari dirosakan oleh tangan-tangan kotor samaada dari pihak musuh mahupun mereka yang jahil tentang Islam.


2.
Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.


Ini bukan soal membesar-besarkan isu atau mahu menjadi hero atau apa-apa kepentingan duniawi semata-mata. kita melakukan tindakan mengikut panduan daripada Al-quran dan hadis-hadis Nabi SAW. Perkara yang belaku sangat jelas dengan bukti-bukti gambar dan video yang tertera Rosmah Mansur bersama suaminya didalam majlis maksiat tersebut.

Apakah belum cukup bukti yang dikemukakan? Apakah perlu menyiasat sampai menubuhkan seruhanjaya di Raja?.
Ini bukan soal penganjur atau penaung. Mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung didalam mana-mana majlis maksiat sudah dikira bersekongkol dan bergelumang dengan dosa. Adakah Fathul Bari tidak menyedari hal ini?atau menyembunyikan kebenaran atau hanya ingin memperolehi kepentingan dunia sehingga sanggup menolak hukum ALLAH?.


3. Fathul Bari berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesuatu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak.


Islam sangat-sangat menganjur kepada penganutnya supaya meneliti didalam menghukum atau membicara kesalahan seseorang. Sudah sangat jelas tentang hukum fitnah dan memfitnah. didalam kes Islamic fashion ini sudah jelas terbukti. Ini bukan rekaan, bukan super impose, bukan fitnah, bukan menggunakan teknologi fotografi dan sebagainya.

Adakah ini boleh anggap kesilapan yang tidak senaja?adakah Rosmah Mansur tidak menyedari atau secara tiba-tiba, atau dipaksa berada didalam majlis tersebut?semua ini mustahil belaku kepada Rosmah mansur.



4.Fahtul Bari berkata, pemerintah patut didoakan dengan kebaikan dan bukannya dengan maki hamum dan caci maki.


Pemerintah yang mana layak untuk didoakan yang dimaksudkan oleh fathu bari? adakah layak bersetuju atau mendoakan kepada pemerintah yang menghina hukum ALLAH?yang menzalimi rakyatnya dengan pelbagai Akta-akta untuk mengekalkan kuasa mereka?.

Rakyat yang sedar tentang kehinaan terhadap Islam ini bukannya mereka mencaci maki, bahkan mereka memohon supaya Rosmah mansur bertaubat dan memohon maaf terhadap umat Islam semua.

Saya menyeru kepada semua supaya menentang segala ucapan yang hanya mengikut logik akal semata-mata atau bersifat mengampu yang ditonjolkan oleh ulama muda ini. Janganlah cuba menggambarkan Islam mengikut selera anda yang hanya mahu kepentingan tertentu. Takutlah akan kemurkaan ALLAH. Bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka.

Selasa, 19 Oktober 2010

Mencabar atau mahu memperlekeh Mahasiswa Mesir?


Semakin hari semakin banyak isu-isu yang mencabar kewibawaan mahasiswa di Mesir. Sebagai mahasiswa yang punya integriti perlu memahami setiap isu yang hadir dengan pemikiran yang terbuka sesuai dengan diri mahasiswa yang sentiasa menerima kepelbagaian ilmu untuk diolah dan akhirnya akan memilih yang berkualiti. Itulah nilai mahasiswa yang ada harga diri.

Kepada pihak JPMK, bagi saya sekarang ini pegawai yang bernama Khairi Jalaluddin sudah sangat melampau. Isu terbaru menipu mahasiswa di Mansurah sangat-sangat menyentak seluruh mahasiswa Mesir yang punya jatidiri.

Ini bukan kali pertama beliau menyogok dan mengertak mahasiswa Mesir supaya menyertai UMNO. dimana profesional dalam kerja yang diamanahkan? kerajaan bayar gaji untuk menentang mahasiswa atau untuk memudahkan mahasiswa disini?. Saya yakin mahasiswa disini sentiasa menghormati mana-mana pegawai JPMK mahupun pegawai-pegawai dirumah negeri masing-masing atas profesional didalam pergurusan kerja yang diamanahkan oleh kerajaan dan rakyat Malaysia. Mana-mana mahasiswa yang punya jati diri pasti terasa dengan pelbagai isu-isu yang menghambat untuk mahasiswa bangun menyatakan pendirian.

Jika ada mana-mana pihak yang kurang memahami erti mahasiswa, disini saya jelaskan mahasiswa bukan mudah untuk diperlekeh, diherdik, ditarik kesana- kesini macam lembu. Saya tidak tahulah, mungkin zaman pegawai-pegawai yang tidak profesonal ini, masa jadi mahasiswa memang mudah untuk disogok.
Jadi perkara demikian terbawa-bawa hingga jadi pegawai pun nak jugak bersikap sedemikian.

Seluruh mahasiswa Mesir sudah sangat tidak dapat mempercayai dan membantah segala tindakan pegawai-pegawai yang membeban dan menakut-nakutkan mahasiswa disini. Kami berharap pegawai yang bermasalah harap ditukar segera sebelum masalah jadi lebih kronik. Berilah ruang kepada kami untuk menjadi mahasiswa yang ada harga diri, yang mampu untuk membina diri dan yang akan memimpin negara dan menyelamatkan negara daripada kemurkaan ALLAH.

Ahad, 17 Oktober 2010

Kelebihan Bulan Zulkaedah

Zul ertinya "yang empunya". Qa'edah ertinya "duduk". Ini membawa erti bahawa bulan Zulkaedah ialah bulan untuk berehat-rehat. Sejak dari dahulu lagi, sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab telah mengiktiraf bahawa Zulkaedah adalah satu bulan daripada empat bulan
yang mulia dan diharamkan berperang. Maka masyarakat Arab jahiliah tidak keluar berperang pada bulan ini. Selain Zulkaedah, bulan Zulhijjah, Muharram dan Rejab juga adalah bulan haram (bulan yang dimuliakan dan diharamkan berperang ). Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW mengekalkan kemuliaan empat bulan haram ini, mengekalkan namanya dan mengharamkan berperang padanya. Bersempena inilah dinamakan ia dengan "Zulkaedah".

KELEBIHAN BULAN ZULKAEDAH

Bulan Zulkaedah adalah satu dari empat bulan haram. Bulan haram adalah bulan yang amat dimuliakan. Bulan haram adalah bulan persaudaraan, perdamaian dan kemaafan. Masyarakat kafir Quraisy menangguhkan permusuhan dan peperangan di bulan haram maka kita sebagai
umat Islam hendaklah lebih menghormati bulan bulan haram ini. Eratkan silaturrahim, yang bermusuh, damaikanlah, yang berdendam, berlapanglah dan yang renggang, rapatkanlah, InsyaAllah hidup penuh berkat dan harmoni. Tiada ibadah khusus dalam bulan Zulkaedah.
Bulan Zulkaedah adalah bulan permulaan musim haji. Namun begitu sebahagian besar ulamak mengatakan bahawa umrah adalah lebih afdhal di bulan Zulkaedah berdasarkan Rasulullah SAW mengerjakan umrah-umrah beliau di bulan Zulkaedah dan haji tamattu' juga dimulakan di bulan Zulkaedah.
Daripada Abu Bakrah : sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:

Sesungguhnya zaman itu berputar sejak awal waktu Allah menjadikan langit-langit dan bumi. Satu tahun mengandungi dua belas bulan ini, darinya empat bulan haram, tiga dari empat bulan ini berturut-turutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram dan satu bulan
berasingan ialah Rejab di antara Jamadil Akhir dan Sya'aban.


PERISTIWA BERSEJARAH

1. Peperangan Bani Quraizah


Peperangan ini berlaku pada tahun ke 5 Hijrah. Setelah tentera Ahzab telah ditewaskan maka malaikat Jibril AS telah memberitahu Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah memerintahkan Nabi SAW agar pergi ke perkampungan Bani Quraizah. Bani Quraizah ialah satu puak Yahudi yang telah terlibat bergabung dengan tentera Ahzab, mengepung umat Islam semasa perang Ahzab. Rasulullah SAW yang masih belum sempat melucutkan pakaian perangnya telah mengerah tentera Islam mengepung perkampungan Bani Quraizah sehinggalah mereka menyerah kalah.


2. Perjanjian Hudaibiyah

Peristiwa ini terjadi pada bulan Zulkaedah, penghujung tahun ke 6 Hijrah. Antara sebab berlaku
Perjanjian Hudaibiyah tersebut, Nabi SAW mengumumkan kepada kaum muslimin keinginan baginda Rasulullah SAW untuk berangkat pergi ke Mekkah bagi melaksanakan satu lagi ibadah iaitu dengan menunaikan ibadah umrah. Hasil pengumuman tersebut yang diberitahu itu telah mendapat sambutan yang sangat baik oleh sekitar 1400 orang sahabat dari kaum Muhajirin dan Ansar pada masa itu. Nabi Muhammad SAW berihram untuk ibadah umrah tersebut ditengah perjalanan dan membawa bersama-sama binatang yang boleh disembelih atau dikorbankan (al- hadyu) supaya ianya menjadi pentunjuk atau sebagai memberitahu kepada orang-orang lain bahawa Nabi Muhammad SAW keluar sedemikian bukan bermaksud untuk berperang tetapi ianya semata-mata untuk menziarah ke Baitulullah iaitu Ka'abah, bagi menunaikan ibadah Umrah tersebut. Dalam perjalanan ke Makkah, Rasulullah SAW telah disekat oleh kafir Quraisy dan dihalang dari memasuki Makkah. Berlaku beberapa perundingan dan ia membawa kepada perjanjian damai yang dinamakan "Perjanjian Hudaibiyah". Dalam perjanjian itu, Rasulullah SAW dibenarkan memasuki Makkah dan mengerjakan umrah hanya pada tahun hadapan serta tahun seterusnya dan gencatan senjata selama sepuluh tahun diantara Makkah dan Madinah.

3. Bai'atur Ridwan

Peristiwa ini berlaku sebelum terjadinya Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah SAW telah mengutus Usman RA ke Makkah untuk membahas masalah mengapa rombongan Rasulullah SAW dihalang dari memasuki Makkah untuk mengerjakan umrah. Sesampainya di sana Usman bin Affan RA ditahan selama beberapa waktu oleh orang-orang Quraisy. Dalam pada itu sampailah berita kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Usman bin Affan RA telah mati dibunuh oleh orang-orang Quraisy. Maka Nabi Muhammad SAW dengan lantangnya menyatakan tekadnya :
"Kami tidak akan tinggal diam, hingga kami berhasil menumpas kaum Quraisy". Kemudian Rasulullah SAW mengajak berbai'ah. Maka terjadilah Bai'atur Ridhwan di bawah sebatang pohon di tempat tersebut. Bai'ah yang dimaksudkan ialah satu perjanjian yang berlaku antara Nabi Muhammad SAW bersama para-para sahabat yang ada ketika itu untuk bersatu padu dan bekerjasama menentang orang-orang kafir Quraisy. Para sahabat berbai'ah kepada Nabi Muhammad SAW untuk tidak takut dan lari meninggalkan medan perang sebagai tanda membalas dendam di atas kematian yang menimpa sahabat baginda Rasulullah SAW. Sementara itu Rasulullah SAW menepukkan tangannya yang satu ke tangan yang lain seraya berkata : "Pembai'ahtan ini untuk Usman bin Affan". Setelah pembai'athan tersebut, yang mana telah didengari oleh pihak orang-orang Quraisy, barulah datang berita yang menyampaikan kepada Rasulullah SAW bahawa khabar terbunuhnya Usman bin Affan itu tidak benar.


4. Berlakunya Haji Wida'

Pada tanggal 25 Zulkaedah tahun ke 10 Hijrah, Rasulullah SAW meninggalkan Kota Madinah untuk menuju ke Kota Makkah bagi menunaikan Haji Wida' (Haji Penghabisan), baginda disertai seramai 10,000 kaum muslimin. Haji tersebut adalah haji pertama Rasulullah SAW dan yang terakhir bagi baginda. Rasulullah SAW hanya mengerjakan sekali sahaja ibadah haji dan empat kali ibadah umrah sepanjang umurnya mengikut catatan sejarah.


5. Kematian Syeikhul Islam, Ibnu Taimiyah

Nama lengkap Ibnu Taimiyah ialah Taqiyuddin Abdul Abbas Ahmad bin Abdul Salam bin Abdullah bin Muhammad bin Taimiyah Al-Harrani Al-Hambali. Beliau dilahirkan pada hari Isnin, 10 Rabiulawal 66l Hijrah bersamaan 22 Januari 1263 Masihi di Harran. Beliau adalah seorang yang amat berjasa dalam melaksanakan dasar "pembersihan" dalam Islam. Apabila umat Islam sudah mula menyimpang dan mencampur adukkan unsur-unsur bid'ah dan khurafat dalam ajaran Islam pada zamannya maka beliau tampil berusaha mengembalikan mereka ke landasan Islam yang sebenarnya. Beliau juga meninggalkan ratusan buah kitab karangannya yang menjadi rujukan sehingga sekarang. Karangan terbesarnya ialah Fatawa Ibnu Taimiyyah yang menjadi rujukan ahli fiqh dan hukum sehingga ke hari ini. Beliau meninggal dunia hari Isnin, 20 Zulkaedah 728 Hijrah. (28 September 1328 Masihi), dalam usia 67 tahun, setelah sakit dalam penjara lebih dari 20 hari. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir di atas tikar solatnya, sedang dalam keadaan membaca Al-Quran. Walaupun beliau juga seorang yang banyak dibenci orang kerana pendirian tegasnya, tetapi jenazah beliau diiringkan ke pusara oleh 200,000 orang lelaki dan 15,000 orang wanita.






Sabtu, 16 Oktober 2010

Kisah Si kusta, Botak dan Buta

Dari Abu Hurairah r.a, ia mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Ada tiga orang bani Israel: Seorang berpenyakit kusta, seorang kepalanya botak dan seorang buta. Allah hendak menguji mereka, maka Allah mengutus malaikat (dalam bentuk manusia) kepada mereka. Malaikat itu datang kepada Si Kusta dan bertanya, “Apakah yang paling kamu inginkan?” Si Kusta menjawab, “Saya menginginkan kulit yang cantik serta hilang penyakitku yang menjadikan orang-orang jijik melihatku”. Kemudian malaikat mengusap Si Kusta maka hilanglah penyakitnya lalu berubahlah kulitnya menjadi kulit yang cantik. Malaikat itu bertanya lagi, “harta apakah yang paling kamu sukai?” Si Kusta menjawab, “unta . Ia pun diberi unta bunting, dan malaikat tadi berkata, “semoga Allah memberkatimu”.

Kemudian malaikat mendatangi Si Botak dan bertanya, “apa yang paling kamu inginkan?” Si Botak menjawab, “rambut yang indah dan hilangnya penyakitku yang menyebabkan orang-orang jijik kepadaku”. Malaikat itu mengusap Si Botak dan hilanglah penyakitnya lalu tumbuhlah rambut yang indah. “Harta apakah yang paling kamu senangi?” Si Botak menjawab, “sapi.” Malaikat pun memberinya sapi yang sedang bunting dan ia berkata, “semoga Allah memberkatimu”.

Selanjutnya malaikat itu mendatangi Si Buta dan bertanya, “apakah yang paling kamu inginkan?” Si Buta menjawab, “Allah mengembalikan penglihatanku sehingga aku dapat melihat orang”. Lantas malaikat mengusap Si Buta dan Allah mengembalikan penglihatannya. “Harta apakah yang paling kamu sukai?” Si Buta menjawab, “kambing”. Lalu ia diberi kambing yang sedang bunting.

Selang berapa lama, unta, sapi, dan kambing tersebut berkembang biak dengan banyaknya dan akhirnya unta milik orang yang menderitai penyakit kusta memenuhi satu lembah, sapi milik orang yang botak memenuhi satu lembah dan kambing milik orang yang dahulu buta memenuhi satu lembah.

Kemudian malaikat itu datang kembali kepada orang yang dulu berpenyakit kusta dalam bentuknya yang dahulu (berpenyakit kusta) dan berkata, “saya adalah seorang miskin yang kehabisan bekal ditengah perjalanan. Hari ini tidak ada orang boleh yang memberikan pertolongan kepada saya kecuali Allah. Saya meminta pertolongan kepadamu atas nama zat Yang telah memberi engkau kulit yang baik dan harta kekayaan, seekor unta sebagai saranan bagi saya melanjutkan perjalanan”. Orang itu menjawab, “tanggungan saya terlalu banyak”. Malaikat itu berkata, “kalau tidak salah saya pernah mengenalimu. Bukankah kamu dulu orang yang berpenyakit kusta sehingga orang-orang merasa jijik kepadamu. Bukankah kamu dahulu orang yang miskin lalu Allah memberi kekayaan untukmu?” ia menjawab, “harta kekayaanku ini adalah warisan turun temurunku”. Malaikat itu berkata,”jika kamu berdusta semoga Allah mengembalikanmu seperti keadaanmu semula”.

Kemudian malaikat itu datang kepada orang yang dahulunya botak seperti keadaannya yang dulu dan berkata seperti yang dikatakannya kepada Si Kusta. Maka orang itupun memberikan jawapan yang sama seperti jawapan Si Kusta. Kemudian malaikat itu berkata, “jika kamu berdusta, semoga Allah mengembalikanmu seperti keadaan semula.

Kemudian malaikat mendatangi orang yang dahulu buta dalam bentuk orang yang buta, dan berkata, “saya adalah seorang miskin yang tengah bermusafir lalu kehabisan bekal di tengah perjalanan. Hari ini tidak ada orang yang memberikan pertolongan kepada saya kecuali Allah. Saya meminta pertolongan kepadamu atas nama zat Yang telah mengembalikan penglihatanmu, seekor kambing sebagai bekal bagi saya melanjutkan perjalanan”. Orang itu berkata, “saya dahulu adalah orang yang buta kemudian Allah mengembalikan penglihatan saya, maka ambillah sesukamu dan tinggalkanlah sesukamu. Demi Allah, saya tidak akan memberatkanmu untuk mengembalikan apa yang kamu ambil kerana Allah”. Malaikat itu berkata “peliharalah harta kekayaanmu, sebenarnya kalian hanya diuji, lalu Allah benar-benar telah redho kepadamu dan Allah memurkai kedua orang itu.” (HR. Al-Bukhori dan Muslim)

[Sumber dari : Riyadhush Shalihin, Al-Imam An Nawawi.]

Rabu, 13 Oktober 2010

Peristiwa pada bulan Zulkaedah

Penulis : Atif Abdul Hadi


Bulan Zulkaedah adalah bulan Arab dan Islam yang mulia, salah satu bulan-bulan Haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab), dan salah satu bulan haji (Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah). Pada bulan yang agung ini berlaku beberapa peristiwa menarik yang telah ditempuh oleh tentera Islam. Kami akan bicarakan beberapa peristiwa yang berlaku pada bulan ini semoga ianya menjadi peringatan, pengajaran supaya umat kita mencapai kemajuan, kemuliaan dan ketuanan seperti sebelumnya.

Perjanjian Hudaibiyah

Berlaku pada bulan Zulkaedah tahun 6 Hijrah. Rasulullah telah keluar dari Madinah bersama hampir 1400 orang sahabat dengan tujuan ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Tatkala musyrikin Mekah mengetahui berita ini mereka telah mengumpulkan pasukan yang berbeza keturunan bangsanya dan keluar dari Mekah untuk menyekat Rasulullah dan sahabat daripada mengerjakan umrah pada tahun tersebut. Lalu Rasulullah telah kembali ke Madinah setelah termetri satu perjanjian (sulh) yang membenarkan baginda datang pada tahun depan. Baginda tidak menetap lebih tiga hari di sini. Melalui Hubaibiyah musyrikin dan Rasulullah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama sepuluh tahun. Melalui perjanjian ini juga disyaratkan Rasulullah menghantar pulang orang kafir yang ingin memeluk Islam, sebaliknya musyrikin tidak perlu menghantar pulang orang-orang Islam yang menjadi kafir.
Biarpun perjanjian Nampak berpihak kepada musyrikin namun Rasulullah menerima semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh musyrikin.

Sebelum Hudaibiyah berlaku Baitur-Ridhwan setelah tersebar berita Uthman bin Affan telah dibunuh, iaitu janji setia muslimin untuk bersama Rasulullah membela kematian Uthman. Rasulullah telah menghantar Uthman kepada pihak Quraish untuk memberitahu tujuan kedatangan nabi dan muslimin bukan mahu membunuh sesiapa tetapi sekadar mengerjakan umrah sahaja. Allah telah memuji orang-orang mukmin dan menurunkan ayat tentang mereka:

“Sesungguhnya Allah Telah ridha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, Maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya)”.(Al-Fath: 18)


Umrah al-Qada’

Pada tahun ke 7 Hijrah, Rasulullah saw telah keluar daripada Madinah bersama 2000 muslimin untuk mengerjakan umrah. Baginda berjalan sehingga tiba di Mekah dan terus mengerjakan umrah, melakukan Tawaf di Baitullah dan bertahallul. Setelah selesai bertahallul baginda telah berkahwin dengan Maimunah bt al-Harith al-Hilaliyah r.a.

Hujjatul Wada’

Rasulullah mula keluar meninggalkan Madinah untuk menunaikan Hujjatul Wada’ (haji terakhir) pada penghujung bulan Zulkaedah tahun ke 10 Hijrah. Rombongan ini disertai ramai muslimin. Rasulullah menunaikan solat dua rakaat di Zulhalifah. Semasa tiba di Wadi al-Aqiq turun ayat al-Quran yang memerintah baginda supaya berkata kepada muslimin: “Ini ialah haji dan umrah sekali”. Bermaksud Allah menyuruhnya mengerjakan haji dan umrah sekali. Apabila tiba waktu pagi menyampaikan berita ini kepada rombongan muslimin.

Peperangan al-Firadh

Ia berlaku pada Zulkaedah tahun 12H. Pada peperangan ini berlaku pakatan jahat antara musyrikin Arab, Rom Kristian dan Parsi Majusi menentang tentera muslimin. Tentera muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin al-Walid telah menang ke atas pakatan jahat ini. Firadh ialah suatu tempat di sempadan Sham, Iraq dan Jazirah di sebelah tenggara. Jumlah tentera pakatan Rom, Parsi dan Arab yang telah terkorban pada masa itu ialah seramai 100,000 orang dengan kesepakatan ahli sejarah. Menurut Yaqut al-Hamwi di dalam Mu’jam Buldan: Pasukan Rom, Arab dan Parsi telah bergabung dalam satu pakatan. Lalu berlaku satu pertempuran besar dan dahsyat di sana. Tentera musuh yang terbunuh seramai 100,000 orang!


Pembukaan Bisan

Kota Bisan terletak di bahagian utara Palestin iaitu di sebelah tenggara. Pada Zulkaedah tahun 13H bersamaan 634M kota Bisan Berjaya dibuka oleh tentera muslimin yang dipimpin oleh panglima Syarhabil bin Hasanah dan Amru bin al-‘As.

sumber :ikhwanonline.com

Rabu, 28 Julai 2010

Mari Bersama Rancakkan Politik Islam


27 Julai 2010 Malaysia dikejutkan dengan penguguman Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan bahawa Guru dibenarkan berpolitik. Ini satu perkembangan yang baik untuk semua rakyat Malaysia.

Persoalannya :

1. Apakah motif penguguman ini?adakah sebagai satu politik untuk menarik kepercayaan guru-guru seluruh Malaysia.

2. Bagaimanakah ruang lingkup atau kebebasan yang diberikan?adakah politik untuk satu- satu parti yang hanya diberikan?adakah ia bersifat kekal atau sementara?

Apa-apa pun ruang sudah ada mari kita isi ruang ini dengan politik Islam yang sebenar yang telah ditunjukan oleh Rasulullah s.a.w.

Sepatutnya Politik bukan sahaja bagi pihak-pihak tertentu sahaja. Semestinya ruang dibuka luas kepada seluruh rakyat Malaysia sama ada kakitangan kerajaan mahupun yang bekerja sendiri, mudah kata dari yang ada PHD hinggalah yang tak gosok gigi.

Kebaikan Politik Islam

1. Manfaat untuk semua rakyat mahupun parti memerintah.
2. Melahirkan Kerajaan yang amanah dan rakyat yang bertanggungjawab.
3. Berkerjasama membangun negara dengan panduan Islam yang sebenar.
4. Islam memberi ruang kepada semua untuk bersuara demi kejayaan Islam dan seluruh manusia yang Islam atau pun non muslim.
5. Memperlihatkan Islam adil untuk semua.
6. Keindahan Islam dapat dirasai bersama.

Terlalu banyak manfaatnya jika kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Persolannya sejauhmanakah peranan kita semua untuk memahami Politik Islam?

Pelbagai berita tentang Guru dibenarkan berpolitik:
Benarkan Mahasiswa Berpolitik
Guru dibenar berpolitik
Guru dibenar berpolitik wajar dipersoal
Guru aktif politik perlu profesional

Khamis, 8 Julai 2010

Us Zulkifli Bin Zakaria dibebaskan dari Tahanan Polis Mesir


Alhamdulillah berkat doa semua akhirnya Us Zulkifli Bin Zakaria yang dikenali sebagai Us Ibrahim telah dibebaskan dari tahanan pihak polis Mesir pada 8 Julai 2010. Beliau telah ditahan pada 13 Jun 2010 di Airport Cairo ketika mahu pulang bersama 2 orang anak dan isteri. Us Ibrahim ditahan kerana isu JI. Setelah hampir 1 bulan ditahan beliau didapati tidak bersalah.

Pada hari ini 8 Julai dibebaskan dan terus diterbangkan menaiki flight Kuwait. Sebelum beliau pulang beliau tidak dibenarkan berjumpa dengan sesiapa tetapi beliau sempat menghubungi sahabat ana untuk memberitahu bahawa beliau telah dibebaskan.

Sahabat ana terus menghubungi ana untuk memberitahu bahawa us Ibrahim telah dibebaskan yang mana ana ketika itu dalam perjalanan pulang dari Matruh ke Zagazig. Berita ini sungguh mengembirakan seluruh umat Islam di Malaysia dan sahabat- sahabat di Mesir kerana segala usaha dan doa telah diperkenankan ALLAH.

Semoga berita baik ini terus menambah keyakinan pada semua pejuang agama ALLAH bahawa AALLAH bersama-sama mereka yang sabar dan tabah menghadapi ujian ALLAH dan akhirnya kebenaran pasti terjadi. Semoga ALLAH terus memberi ketabahan kepada Us Ibrahim dan memilih beliau diantara mereka yang terus menyampaikan kebenaran agama ALLAH dan berjaya dunia akhirat.
Ini link berita-berita tentang penahan Us Ibrahim :

Jumaat, 2 Julai 2010

Pandangan Ulama tentang Fadhilat Rejab


Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab?

Disini nyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat Rejab.


1.
Sheikh Atiyah Al-Saqr
(Ketua Lujnah Fatwa al-Azhar)

a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah dan Palsu. Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu,

katanya:[3] "Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)." Menurut Al-Saqr lagi bahawa: "Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu"


b. Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg lain. Fadilat Rejab secara umumnya berada didalam Fadilat bulan-bulan Haram sebagaimana Firman Allah didalam surah Taubah:36 dan terdapat juga Hadis Sahihin mengenai Hijatul Wada', didalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yg tunggal ialah Rejab. Dimasa itu orang Islam ditegah melakukan kezaliman, peperangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.


c. Berpuasa hari pertama atau yg lain sama sahaja fadilatnya. Berkata Al-Saqr lagi bahawa: "Amalan Saleh didalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya didalam bulan-bulan Haram, yg didalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja [berpuasa] hari pertama atau pun hari akhir. Berkata Ibnu Hajar : 'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yg Sahih atau Hasan'. " Beliau memetik beberapa hadis da'if dan palsu, diantaranya ialah:

i. "Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa sati hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu" - hadis ini Dha'if.

ii. "Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan" - hadis ini Dha;if.

iii. Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa rejab menurut hari, dan didalamnya terkandung matan : :"Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" -Hadis ini palsu.

d. Tidak ada solat khas didalam Rejab. Daripada Hadis yg tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat : "Barangsiapa yg solat Magrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab." - Itu adalah hadis Mawdhu'

e. Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya: Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-Saqr mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya didalam Islam. Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-sejarah yg berlaku dibulan Rejab dan mengambil tauladan daripadanya. "Ini adalah manusia yg prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama didalam bulan Rejab, tidaklah ada asalnya didalam agama, dan ganjaran yg besar daripada ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini. Adalah lebih aula didalam bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yg berlaku kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mngingati Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M). Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra' dan Mi'raj iaitu pengajaran darinya, dimana orang Islam menganggapnya berlaku didalam bulan Rejab. Allah yg Maha Mengetahui."


2)
Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya [4]: "tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya - didalamnya ada 4 bulan haram - Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya'ban.."

b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu. Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab kebanyakkan merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah tarafnya: "Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat Rejab - "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"..... Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama' mengatakan hadis ini Palsu! .... yakni penipu..Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama. Disitu ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini.... Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan didalam Hadis yg memasukkan perkara yg berlebih-lebihan...."

c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya. Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan didalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya : "Berkata ulama' : Janji untuk mendapatkan ganjaran yg besar diatas perkara yg biasa, atau ugutan kepada azab yg pedih keatas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yg bohong."

d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg Palsu. Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yg boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yg banyak dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau : "Ulama' telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya...sesungguhnya
telah datang hadis :"Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong....."(Riwayat Muslim didalam muqadimahnya yg Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya .... maka disana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb.........."


3. Ibnu Hajar Al-Asqalani Ibnu Hajar(Ulama` hadith)

mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat didalam fatwa Sheikh Al-Saqr[5] mengenai fadilat Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar: "Ibnu Hajar didalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yg melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yg berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad(niat) yg bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yg dia berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka beliau percaya yg dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg baik atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya di khaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu dialam hadis Nabi saw bersabda :"Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya berqiamullail". - riwayat Muslim. Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainya yg didalamnya terkandung puasa nazar.


Ibnu hajar lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yg dinaqalkan oleh Abi Bakar Al-Thorthorshi didalam bukunya "Bid'ah wa hawadith" bahawa bulan Rejab dibenci olehnya kerana 3 jenis:

1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan.

2. Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yg kekal.

3. Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yg lainnya kalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya : "Puasa adalah amalan kebajikan"., Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yg dinaqalkan oleh Ibnu Hajar." 4]

Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq

Didalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa : "Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram". Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh[6].

Hadis-hadis fadilat Rejab yg palsu atau dhaif Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab:[7]

a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya? -Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.

b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat. -Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.

c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan. -Hadis sangat Dhaif. *Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar. *Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk. *Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.

d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berputus asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah. -Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk. *Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.

e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir. -Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.

f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga. -Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu'.

Bagaimana beramal didalam bulan ini?

a. Shiekh Mahmud Al-Sya'rawi[8]

Didalam menjawab satu pertanyaan mengenai adakah bulan dari bulan-bulan 'am yg afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad : "Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain" Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan Allah swt didalam bulan-bulan ini.

b. Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz

Apabila ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, Beliau menjawab [9]: "Bulan Muharam dari segi syara' dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga Sya'ban, disana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil disan keatasnya, akan tetapi berpuasa dengannya TANPA ber'itiqad yg khusus (khas) atau pribadi, maka tidaklah menjadi masalah." Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda : ((Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah dibulan Allah Al-Haram)). Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya'ban dimana Nabi saw berpuasa dengannya"

c. Seorang Ulama' Islam dari negara Syria yg terkenal pada masa kini, Dr Wahbah Zuhaily

mengatakan bahawa, kebanyakkan iman empat mazhab (Syafiie, Hambali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai terdapatnya amalan berpuasa sunat didalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya. kata Dr Wahbah Zuhaily[10] :

"Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat disisi Mazhab Maliki dan Syafiie, dan mazhab Hambali berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa dibulan Haram, pada mereka itulah puasa yg afdal selepas Ramadan, telah bersabda Rasulullah saw : (Seafdal solat ialah pertengahan malam, dan seafdal puasa selepas bulan Ramadan ialah di bulan Allah Al-Haram). Seafdal puasa dibulan haram ialah Hari Al-Asyura', sebagaimana diantaranya. Dan berkata mazhab Hanafiah : Sunat berpuasa didalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya iaitu :- Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu."

d. Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry

Didalam Kitab Feqh Empat Mazhab[11] juga memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa dibulan-bulan haram,!kata nya: "Mengenai sunat berpuasa dibulan Rejab dan Sya'ban, Imam-imam ini telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan hambali.
Hambali : Menetapkan puasa Rejab (secara tunggal) adalah makruh, melainkan jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli, maka tidaklah Makruh."

e. Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi

Ketika diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa didalam bulan Rejab itu sunat atau bid'ah, beliau telah menjawab [12]:

"Berpuasa didalam bulan adalah maqbul dan mustahab, keatas semua perkara. Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah saw bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak berpuasa didalam bulan Sya'ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah ... Beliau berpuasa dan berbuka disetiap bulan, seperti riwayat mengatakan : (Beliau berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa)
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud).


Maka beberapa golongan manusia berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yang kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari didalam bulan Syawal, dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh", selepas berbuka, mereka akan menjadi perayaan pada hari yg ke 8 dari Syawal....Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling berhubungan, mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari A'id. INI TIDAK DATANG DARI NABI SAW, atau pun dari para sahabat atau pun dari Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan berbuka sehari. Tidak ada berterusan didalam puasa. Semua kebaikan adalah menurut Salaf dan keburukan adalah dari rekaan para Khalaf.

Barangsiapa yg ingin ber'iitiba' dan inginkan ganjaran, maka ia harus mengikut Nabi saw dimana tidak berpuasa sepenuhnya didalam Rejab, dan tidak berpuasa sepenuhnya didalam Sya'ban. Dan ini adalah yg lebih utama. Wa Billahi Tawfiq." Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram, tetapi tidak lah sepenuh bulan Rejab dan Sya'ban, kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, atau sahabat-sahabatnya ataupun para ulama' Salaf.

Puasa-Puasa sunat yg lain Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya'rawi didalam fatwanya[13] menjawab persoalan mengenai puasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8 jenis puasa yg beliau sifat sebagai :
"Puasa yang orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah"

Puasa-puasa sunat (suka rela ): "


1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji.

2. Hari Asyura', disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam.

3. 6 hari didalam bulan Syawal.

4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu :- hari13,14 dan 15.

5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu.

6. Berpuasa didalam bulan-bulan haram iaitu :- Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga 9 Zulhijjah.

8. Berpuasa penuh didalam Sya'ban atau dengan banyaknya.

" Para Fuqaha' berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan puasa sunat, tetapi dia masih mempunyai baki puasa wajib, hendaklah ia mengqada'kannya. Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar, maka hendaklah dia melakukannya puasa itu dahulu.[14]

Kesimpulan :

1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)

2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)

3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)

4. Tidak ada solat zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).

5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi)

6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah: - hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muhaaram (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz) - berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (HHanafiah - Al-Zuhaily) - Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi) - berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharaam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).

7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)

8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)

9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.

10. AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik).

Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya, bahkan ia menjadi pegangan sebahagian umat Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan seperti fadilat Rejab atau bulan-bulan yg lain, kita mesti kembali kepada 'role model' atau contoh kita, iaitu Rasulullah saw sebagaimana firman Allah swt didalam surah Al-Ahzab ayat 21: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Al-Ahzab - 21]. Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram sebagaimana yg telah diajarkan oleh Rasulullah saw.

Selasa, 29 Jun 2010

Bertasbih tapi menghalalkan yang haram


Oleh : Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat

Di antara perkara yang sangat-sangat menggembirakan saya ialah apabila pimpinan PAS yang tidak mempunyai latar pendidikan agama yang tinggi (termasuk yang tidak berpendidikan formal dalam bidang agama) telah menunjukkan kemampuan dalam menghurai sesuatu dalam konteks Islam dengan begitu baik. Yakin sungguh di hati kecil saya, inilah kesan daripada perjuangan PAS yang dipimpin golongan ulama’.

Hasilnya, golongan dilihat telah mampu memahami dan menghuraikan aspek kehidupan dari perspektif Islam dengan jelas. Ia merupakan hasil didikan dan tarbiyah yang diperolehi di dalam PAS. Berbeza dengan Umno yang dilihat membekukan golongan ulama’. Jika tidak, mana mungkin sesuatu yang haram seperti judi, boleh dilesenkan sebagai halal.

Saya menyentuh begini kerana ada peristiwa menarik hati saya sewaktu penggulungan perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan tempoh hari (9 Rejab 1431/22 Jun 2010). Ia adalah sidang kali ke-2 bagi tempoh penggal ketiga Dun Kelantan yang Ke- 12.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari PAS menghuraikan falsafah solat begitu tepat sekali, walaupun tidak mendapat pendidikan agama yang tinggi secara formal. Jika boleh saya nukilkan kembali bagaimana YB Haji Zulkifli Mamat (Pulai Chondong) menyebut betapa peliknya sesetengah Muslim yang sewaktu rukuk dan sujudnya menyebut tasbih meninggikan Allah SWT, tetapi di dalam masa yang sama menyokong judi dihalalkan.

Tidakkah terdetik di hati kecil mereka betapa salahnya apa yang mereka lakukan. Dahi sujud kepada Allah membisik tasbih, memuji Allah SWT dengan mengaku bahawa Allah SWT yang Maha Tinggi, tetapi di luar solat mengangkat tangan bersetuju dengan judi. Tidakkah terdetik rasa malu kepada Allah SWT?

Saya ingin menambah dalam coretan ringkas ini. Sebenarnya Kerajaan Umno/BN melesenkan judi untuk meraih pendapatan yang lebih. Dalam erti kata lain untuk mendapat kemakmuran. Sedar atau tidak, persoalan kemakmuran telah disebut jelas oleh Allah SWT di dalam al-Quran.

Jika saya diberi peluang berkuliah kepada pimpinan Umno, ingin sekali saya membaca ayat daripada Surah Al A’raf, ayat 96 yang bermaksud:

...Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka segala macam berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya...

Sudikah kiranya pemimpin Umno yang beragama Islam mengambil sedetik dua masa untuk menelaah ayat ini? Jika sudi, perhatikanlah bagaimana janji Allah untuk melimpahkan segala macam berkat hanya apabila manusia beriman dan bertakwa.

Kemakmuran ialah satu keberkatan. Kemakmuran bukannlah bermakna kemewahan semata-mata. Hidup kaya raya tetapi hati susah bukan makmur namanya. Negara mendapat pendapatan yang lebih, tetapi kesan terhadap sosial dan kehidupan rakyat jelata begitu teruk. Itu bukan makmur namanya. Sedangkan kami di Kelantan percaya bahawa keberkatan itu ada kaitan erat dengan ketakwaan kepada Allah SWT, dan atas asas inilah kami memperkenalkan dasar Membangun Bersama Islam yang berteraskan prinsip Ubidiah, Masuliah dan Itqan.

Sayangnya, pimpinan Umno pada hemat saya gagal atau langsung tidak mahu memahami ayat al-Quran di atas. Barangkali, jika masih ada golongan ulama’ yang berminat mahu berada di dalam kubang Umno, saya hanya mampu untuk bersimpati.